Halaman

Khamis, 6 Jun 2013

Israk Mikraj


Albert Einstain pernah berkata dan mengeluarkan teori fizik bahawa - tidak ada halangan jarak dan masa jika seseorang menggunakan kelajuan cahaya. Subhanallah. Buraq yang dinaiki Nabi Muhammad SAW untuk Israk daripada Masjid Haram ke Masjid Aqsa diciptakan oleh Allah SWT daripada cahaya. Jadi peristiwa Israk Mikraj tidaklah mustahil dan teori Einstain telah membuktikannya daripada sudut sains. Saya percaya bahawa umat Islam mengakui kebenaran peristiwa Israk Mikraj yang berlaku dalam tempoh satu malam sahaja. Orang pertama yang membenarkan peristiwa ini ialah Saidina Abu Bakar As Siddiq RA. Zaman ilmu sains belum lagi berkembang pada masa itu tetapi kerana akidahnya yang mantap, Saidina Abu Bakar sangat percaya dengan peristiwa Israk Mikraj. Zaman itu Albert Einstain pun belum dilahirkan ke dunia. Seluruh arab jahiliah mempertikaikan kebenaran Israk Mikraj sehingga mereka menggelar Nabi Muhammad gila. 

Selasa, 4 Jun 2013

Membentuk Suasana Islam


Membentuk peribadi seorang insan memerlukan penggembelingan seluruh masyarakat, bukan sekadar ibu bapa sahaja, dan bukan tanggungjawab kerajaan sepenuhnya tetapi jika kerajaan melaksanakannya impaknya lebih besar. Kegagalan membentuk seorang anak kecil menjadi soleh dipengaruhi oleh persekitaran. Kita sering mendengar bait bait lirik lagu Raihan-
'Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa, ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai'.

Ahad, 2 Jun 2013

Jual Beli Emas


Saya ada seorang kawan yang sangat suka dengan jual beli emas. Dia menarik ramai kawan kawan untuk membeli emas yang dijual dalam harga sehingga ribuan ringgit. Saya tahu nilai emas adalah nilai yang paling stabil dan semakin naik harganya dari tahun ke tahun. Namun begitu saya berasa tidak berani mencebur diri dalam bisnes jual beli emas ini. Saya akan mengemukakan beberapa sebab mengapa saya takut membuat jual beli emas sebagai perkongsian buat semua.

Jumaat, 31 Mei 2013

UMNO Parti Terkuat


Bercakap tentang UMNO, saya terkenang perjuangan nenek moyang. UMNO ini yang ditinggalkan mereka untuk kita perjuangkan. Nabi Muhammad SAW pula tinggalkan kita Islam dan dua perkara yakni Al-Quran dan Sunnah untuk kita sebarkan. Bagi saya UMNO adalah satu satunya parti di Malaysia yang memperjuangkan Islam dan Melayu secara menyeluruh meliputi agama, pendidikan, keselamatan, ekonomi, dan banyak bidang lagi termasuk bidang kreativiti serta inovasi. UMNO menunjangi Barisan Nasional sejak merdeka. Tradisi membela rakyat tidak dapat disangkal oleh lawan, BN pada kedudukan nombor 1 dalam bab fastabikul khairat (berlumba-lumba membuat kebaikan). Kelemahan UMNO itu perkara biasa seperti mana parti parti lain juga pasti ada kelemahan. Jika kita sayangkan UMNO, kita perlu terus menegur. Kerajaan hari ini adalah kerajaan yang mendengar. UMNO tidak seperti PAS yang jika ahlinya menegur kepimpinan atasan, maka dipecat, kononya melanggar undang-undang parti.

Khamis, 30 Mei 2013

Nurul Izzah Dihalang Masuk Sabah



Saya tak suka nak besarkan perkara seperti ini, tetapi sudah kecoh 1Malaysia berkenaan hal ini. Apa-apa perkara yang melibatkan pembangkang mesti dikecohkan oleh penyokong sampaikan perkara yang tidak berapa serius pun dianggap sangat serius. Nurul Izzah Anwar setakat disekat sebentar sahaja sebelum memasuki Sabah. Musa Aman Ketua Menteri Sabah hanya mengambil langkah berjaga jaga dengan mengambil kenyataan Nurul Izzah Anwar berkenaan tujuan beliau ke Sabah. Perkara ini menjadi lebih kecoh apabila Bung Mokhtar pula nak masuk campur dalam hal ini.

Rabu, 10 April 2013

Islam Bukan Politik Keseluruhannya


Walaupun jarang mengikuti ceramah Nik Aziz tetapi ada satu ketika saya mendengar ceramahnya. Dalam katanya, dia  menganggap setiap apa yang diajar dalam Islam adalah politik. Malah dia menganggap ayat Al Quran dan Hadis semua adalah ayat-ayat politik. Kalau saya nyatakan tidak bersetuju nanti bangkit pula ahli ahli penyokong taksub akan membedal saya. Katakanlah saya setuju dengan pendapat ini, kemudian saya ikuti pula ceramah Mohd Asri Zainal Abidin tentang politik Islam. Saya dapati ada percanggahan pendapat yang ketara di sini. Nik Aziz dengan pegangan bahawa Islam itu politik manakala Mohd Asri dengan pendapat politik hanya salah satu maslahah yang dibincangkan dalam Islam.

Khamis, 18 Oktober 2012

Pemandu Teksi Membebankan Rakyat



Rata-rata pemandu teksi tidak dipilih berdasarkan kemahiran tertentu, yakni siapa sahaja boleh menjadi pemandu teksi asalkan boleh memandu. Keadaan itu secara tidak langsung telah membebankan rakyat khususnya pelajar. Sepatutnya pemandu teksi dijadikan sebagai profession yang memerlukan kemahiran mengenal kebanyakan tempat tempat yang ingin penumpang tujui. Selain itu, sikit yang saya rasa pemandu teksi yang mesra dan ceria, selainnya begitu sombong, penipu, dan tamak. Lebih teruk lagi pemandu teksi menjadikan penumpang sebagai tempat meluahkan emosi dan menyampaikan dakyah politik.

Selasa, 16 Oktober 2012

Sejauh Mana Kita Benci Syiah



Sejauh mana kita benci kepada golongan syiah. Ini persoalan yang saya tanyakan kepada diri saya dan kepada pembaca sekalian. Malah ada saya dengar dalam kalangan kita yang sunni boleh kata mahu bersatu dengan syiah. Mereka beranggapan syiah adalah Islam. Ya syiah berasal daripada mereka yang beragama Islam tetapi akidah mereka sudah menyimpang.